Thursday, March 21, 2013

Penyerahan Sumbangan Bantuan

Adik Nurin (3 Bijak) telah kehilangan ayahnya yang telah pulang ke rahmatullah. Sebagai warga SK Chuah yang prihatin satu kutipan derma telah diadakan untuk Nurin dan sumbangan telah disampaikan oleh Pn. Hjh Zabariah Husin GPK 1 SK Chuah.

Persembahan Murid 5 Bestari

Murid tahun 5 Bestari mempersembahkan eksperimen tisu ajaib untuk aktiviti mingguan Panitia Sains.





















Thursday, March 7, 2013

AKTIVITI MINGGUAN PANITIA SAINS SK CHUAH

Aktiviti mingguan Panitia Sains dijalankan pada hari Khamis dua kali sebulan semasa perhimpunan pagi. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat murid-murid SK Chuah mempelajari Sains. Antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu adalah 'Magic of Science' yang dikendalikan oleh murid-murid SK Chuah. Kempen Kitar Semula juga dijalankan bagi melahirkan murid- murid yang prihatin terhadap alam sekitar.













PROGRAM PINTAR TNB

Sekolah Kebangsaan Chuah telah terpilih menjadi sekolah angkat TNB di bawah program PINTAR selama 3 tahun bermula 2013 hingga 2015. Majlis penyerahan cek sumbangan telah diadakan pada 4 Mac 2013 (Isnin) di Hotel Residence, UNITEN oleh Ketua Pegawai Korporat TNB YBhg. Dato' Roslan Ab Rahman. Semoga sumbangan yang diberikan mampu meningkatkan lagi prestasi murid-murid SK Chuah dimasa akan datang.